Seboleh-bolehnya kita sebagai guru prasekolah sentiasa inginkan P&P yang dirancang adalah menyeronokkan dan tidak membosankan...Antara aktiviti yang sempat difikirkan dan dijalankan di prasekolah Permata Aktif...hmmm hopefully akan ada lagi idea2 baru yang dapat dijalankan nanti..:D
Sesi fotografi tahun cam syok je sebab akhirnya dapat pakai jubah sendiri...tak payah nak sewa2 lagi..ehehheheh...Bebudak pun cam excited sangat (cikgunya pun apa kurangnye..:P) tahun ni cikgu posing sorang2 tanpa PPM sebab dia cuti bersalin..So, pas ni sibuk ngan graduasi la pula...nantikan kemunculan "Princess of the jungle" yang bakal dipersembahnkan oleh anak2 chumil teacher Aina...TUNGGUUUU.....:)
Tahun 2011 ni sempat gak la bawa anak2 pra melawat ke Kilang high 5 n sambutan hari jadi di McD..Ok gak la..tapi agak kelam kabut sket sebab kebetulan ada 3-4 buah sekolah yang melawat pada hari yang sama. Overall ok, but Gardenia best lagi kot...hihihiihi (sebab free n dapat pack roti banyak..:D ). Tahun depan x tau nk gi mana ngan budak2 ni..mungkin iCity Shah Alam kot...best gak tu..hmmm will see.
Karnival prasekolah peringkat negeri diadakan di SK Bukit Bandaraya. Pada kali ini, dua acara telah dipertaruhkan iaitu Tarian Rampai dan Bercerita Bahasa Inggeris. Syukur alhamdulillah berjaya mendapat naib johan dalam bercerita BI. Tarian rampai tidak ada rezeki untuk menang pada tahun ini walaupun murid2 ku membuat sehabis baik...takpe..next time cuba lagi. Tapi tahun hadapan akan mempertaruhkan acara Nyanyian dan gerakan pula. Mana lah tahu kalau sejarah 2007 berulang kembali di mana kami mewakili wilayah ke peringkat kebangsaan dan mendapat naib johan. fooohhh...bangganye... Semoga prasekolah SKPT1 akan terus menempa kejayaan di masa2 akan datang..insyaallah.
Prasekolah Permata Aktif SK Padang Tembak telah mengambil bahagian dalam Karnival Prasekolah Peringkat Zon Keramat pada tahun 2008. Acara yang disertai ialah Nyanyian dan Gerakan, Tarian Rampai dan Hafazan.