Social Icons

Friday, December 28, 2012

Suaikenal 2013

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. Hari suaikenal prasekolah bagi sesi 2013 berjalan dengan lancar. Nampaknya tahun ni teacher dapat ramai anak2 lelaki..(14 org) berbanding perempuan (11 orang). Semoga tahun 2013 akan memberi kejayaan yang lebih kepada prasekolah Permata Aktif. Insyaallah.

Diriku Masih Bergelar "GURU PRASEKOLAH"

As salam..Niat asal semasa menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di UPSI ialah untuk menjadi seorang pensyarah yang berdedikasi dan bersemangat waja mencurahkan ilmu kepada bakal2 guru. Akhirnya niat murni itu tercapai juga apabila urusan kenaikan pangkat telah berjaya dan ditawarkan jawatan pensyarah IPG di Melaka. Malangnya....baru aje bagitau anak2 yang mama akan bertugas di Melaka, dah banjir satu rumah. Anak bongsuku memeluk erat seolah2 x boleh berpisah lagi sambil menangis dan berkata "jangan la pergi mama...nanti Jimie rindu mama.." berderai jugalah air mata ini mendengar rintihan dan rayuan si anak. Istikarah akhirnya jalan terbaik di dalam membuat keputusan ini..nampaknya hati amat berat untuk terus berbakti di SKPT1 dan anak2 pra yang disayangi...Suamiku tidak menghalang tetapi jauh di sudut hatinya aku tahu yang dia lebih mengharapkan aku disisinya bersama anak2 setiap hari. Insyaallah, mungkin ada rezeki lain yang akan menanti. Demi anak2 dan keluarga, aku sanggup berkorban dan ketepikan cita-cita. Semoga Allah mendengar dan memberikan aku sekeluarga seribu rahmat. Semoga aku juga diberikan kekuatan dan semangat yang kental untuk terus mendidik anak bangsa...AMIN.

Monday, May 14, 2012

Tema Pakaian :Fashionista Day..:D

Sempena minggu Tema Pakaian, teaacher dok fikir2 apa aktiviti best yang nak buat. Then dapatlah idea buat fesyen show..bukan main suka lagi la budak2 ni...hehehehe masing2 melaram sakan.. Tkasih banyak2 la parents yang bersungguh2 siapkan anak diaorg...:D

Thursday, April 19, 2012

Tema Makanan : Ais Krim Malaysia

Seterusnya teacher nak buat ais krim Malaysia ngan anak-anak pra...perisa milo. hiihihi..sedap wooooo...:D semua murid tak sabar nak makan ais krim tapi teacher kata esok baru leh makan sebab tunggu keras...so, esok mesti semua datang school..huuhuhu :P












Tema Makanan : Jom Buat Donat

Aktiviti ke2 untuk tema makanan minggu ni ialah membuat donut..memang best sangat sebab mostly murid2 pra 'gila donat'... tu yang teacher buat aktiviti ni..sambil tengok proses buat donat dapat la diaorang makan donat buatan sendiri beramai2...but sebelum tu..kena buat topi chef dulu tau, baru leh mula masak..:D